Dec 2, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2011 - KEARAH MENJANA INSAN MUTAQQIN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Pihak Urusetia Surau An-Nur, akan menganjurkan satu program pengisian bagi cuti persekolahan umum ini yang akan berlangsung selama empat minggu bermula esuk sehingga Dis 24hb.


Program eksklusif ini memberi tumpuan kepada pembentukan karektor diri dan bertujuan membina Insan Cemerlang serta memantapkan kefahaman anak-anak ahli kariah Sunway Kayangan didalam pengajian Al-Quran & Fardu Ain. 


Beberapa motivator khas telah diundang untuk mengendalikan program ini  bagi membuka minda, menyuntik semangat dan meningkatkan jatidiri para remaja disini.


Empat pakej kursus disediakan bagi tempuh pelaksanaan Program Cuti Sekolah 2011 yang terdiri dari Pakej A, B, C dan D dan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti "Perkhemahan Kem Kepimpinan Pelajar Cemerlang", "Perkelahan dan Lawatan ke Sungai Tekala di Semenyih, Selangor", "Sukaneka" serta "Kelas Al-Quran & Fardhu Ain" .


Selain di Surau An-Nur, program ini  turut diadakan di padang futsal Sunway Kayangan dan di Sungai Tekala, Semenyih.


Penyertaan terbuka kepada anak-anak ahli kariah Sunway Kayangan berumur antara 12-18 tahun. Ibu bapa yang berminat boleh memilih mana-mana pakej seperti yang dinyatakan dalam borang penyertaan yang boleh didapati dari pihak urusetia Surau An-Nur:


Dr Muhammad Zain, En Kamal Fikri, Prof Dr Ahmad Zaki, En Azhar Adnan, En Johar Mohd Yusoff dan Tuan Hj Ismail Hanapiah (Pengarah Projek).


Sumbangan ikhlas daripada ahli kariah Sunway Kayangan adalah dialu-alukan bagi menjayakan program terulung ini bagi tahun 2011. 


Sumbangan serta bayaran program boleh dibuat kepada Bendahari Program Cuti Sekolah Encik Johar M. Yusof  (019-3883158).


Wassalamu.


Dr Muhammad Zain
Pengerusi Surau An-Nur U9,
Sunway Kayangan.



No comments:

Post a Comment