Dec 11, 2011

DOSA-KAH AKU..???

Berdosakah diriku
Terpaksa melepaskan
Cintamu yang serapuh
Dahan nan kering usang
Yang akhirnya kan patah
Terhempa gemeretap
Oh sungguh memilukan
Tak dapat ku bayangkan

Seribu kali sayang
Sangkaku kan ke mati
Cerita kasih kita
Rupanya seketika
Setelah merelakan
Setelah kau bisikkan
Segugus janji-janji
Tergamak kau mungkiri

Apakah sebenar yang terjadi
Hingga kau bersikap demikian
Sedangkan kau
Sesungguhnya percaya
Kasihku tak berbelah bagi
Tak sanggup ku kenangkan
Semua telah nyata
Cintamu gurauan
Datang dan hilang
Semahu hatimu
Itulah falsafah
Pegangan cintamu
Namun harus kau ingat
Hati yangmanakah
Selamanya kan sabar

Dec 10, 2011

INI ADA SATU TEKA-TEKI..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya
lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di
dunia ini ?"

Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap
yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita
tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus
hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia "

Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah
(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak
manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia
dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "

JGN GUNA KATA_KATA INI...

Jangan guna "Bye" kerana "Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "Di Bawah Naungan Pope". Jangan guna "A'kum" kerana "A'kum" bermaksud "Binatang" dlm bahasa Yahudi. *Jangan guna "Semekom" kerana "Semekom" bermaksud 'Celaka Kamu". Jangan guna "salam" kerana "salam" bermaksud "Celakalah Kamu". Gunakan perkataan "As Salam" sebagai singkatan bagi "Assalammualaikum". tolong sebarkan kepada seluruh umat Islam, untuk mengelakkan diri daripada membuat dosa..

Dec 8, 2011

SUJUD DGN ELUK..

wajib lipat salah satu daripada jari-jari kaki ...
dan afhdal(sunat) lipat semua skali.

Bertakbir untuk turun sujud dengan meletakkan lutut sebelum tangan. Diantara kedua-dua tangan letakkan dahi ke tempat sujud (jarakkan sedikit). Boleh juga kepala bersetentang dengan bahu atau daun telinga. Dahi,hidung, kedua-dua telapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung jari-jari kaki. Muka (dahi dan hidung) dirapatkan ke tempat sujud dan hujung jari tangan dan kaki dihadapkan ke arah kiblat, dan hendaklah kedua-dua siku diangkat, dan hendaklah kedua-dua tangan direnggangkan dari lambung sehingga kelihatan putih ketiak, dan hendaklah perut direnggangkan dari paha dan hendaklah kedua-dua paha direnggangkan dari betis.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Aku disuruh bersujud atas tujuh anggota: dahi- dan nabi s.a.w. mengisyaratkan juga hidungnya- dan kedua-dua tangan dan kedua-dua lutut dan kedua-dua telapak kaki.
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

Hidayah & Taufiq

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bismillahhirahmannirahim..

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuhu ,....

APA ITU HIDAYAH DAN TAUFIK......

Kita asyik2 berdoa selepas solat mahupun tidak kira waktu mohon kepada ALLAH, " Ya ALLAH, kurniakanlah diriku ini taufik dan hidayah.." amin..Namun, apakah definisi makna sebenar taufik serta hidayah.." Hidayah tue ap ek ? ".."Hidayah tue petunjuk jalan yang benar,tiada bengkok2nya....itu hidayah ALLAH... Kalu gitu, Taufik tue ap plak ..?..taufik membawa maksud pertunjuk arah yang benar dengan kekuatan diberikan ALLAH ..Justeru, secara konsepnya, maksud taufik dan hidayah adalah kekuatan untuk berlakunya hidayah dan taufik ALLAH,bila mana kita mula berjinak2 dan rapat mesra dgn kalamnya 30 juz.AL-QURAN YG MAHA SUCI,MULIA LAGI AGONG INI...hanya ilmu pengatahuan kanan ALLAH SWT sahaja yang mempunyai hidayah dan taufik ini dan itu ADANYA disyurga duniakhiratnya ini.....amiinnnn..

Taufik dan Hidayah nie merupakan satu pasangan yg tak boleh dipisahkan..Tanpa hidayah, sudah pasti seseorang itu akan sesat jauh dari jalan kebenaran..Namun, tanpa taufik, sia-sialah hidayah yang dikurniakan..

Analogi yang cukup mudah :

1. Solat :

kita tau solat tue wajib..Tp,malas nak tunaikan....maka hasilnya tiada taufik dan tiada hidayah ALLAH untuk dirinya ....tersesat sudah dari jalannya sendiri2 adanya hawa nafsu rakus bersama setanya itu dan ini.....

2. Baca Quran :

kita tau Quran tue mukjizat Rasulullah, tp malas nak baca..maka hasilnya tiada taufik dan tiada hidayah ALLAH untuk dirinya ....tersesat sudah dari jalannya sendiri2 adanya hawa nafsu rakus bersama setanya itu dan ini.....

3. Puasa :

Kita tau banyak fadhilat puasa ,tp malas nak puasa.....maka hasilnya tiada taufik dan tiada hidayah ALLAH untuk dirinya ....tersesat sudah dari jalannya sendiri2 adanya hawa nafsu rakus bersama setanya itu dan ini.....

4. Pakaian :

Kita tau pakai tudung atau tutup aurat tue wajib, tp, tngokla kat mesir, berlambak pompuan arab pakai baju ketat2..nauzubillah..maka hasilnya tiada taufik dan tiada hidayah ALLAH untuk dirinya ....tersesat sudah dari jalannya sendiri2 adanya hawa nafsu rakus bersama setanya itu dan ini.....

5 .Ilmu pengatahuan kanan .

kita tau ilmu pengatahuan ALLAH ilmu kananya wajib tertinggi di belajari demi kebenaran,kebahagian dan kerjayaan disyurga duniakhirat,TAPI kita UTAMA kan ilmu kiri ,INGGERIS yahudi barat kafir dahulu .....maka hasilnya tiada taufik dan tiada hidayah ALLAH untuk dirinya ....tersesat sudah dari jalannya sendiri2 adanya hawa nafsu rakus bersama setanya itu dan ini...

so,banyak lagi contoh2 yg boleh diambil iktibar melalui kehidupan seharian kita..so,smpai disini saja..Selamat Beramal..wassalam

Dec 7, 2011

Petua Perubatan Islam Untuk Menguatkan Akal

Menurut ahli-ahli perubatan Islam, ada 6 cara untuk
menguatkan akal.
1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari. 2. Makan
buah badam. 3. Makan daging kambing. 4. Halwa
halia. 5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan
serani.
6. Makan buah limau. LARANGAN: Ahli-ahli
perubatan dan ilmuan Islam juga kuat menjaga
pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan
akal. Di antaranya:
1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di
dalamnya.
2. Mengurangkan makanan-makanan yang
masam.
3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan
maghrib.
5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek
terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu
sembahyang."

SATU KEBETULAN..?

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama,

“Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation“, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, 

“Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Dec 5, 2011

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

PADA suatu hari , ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, " Wahai anak kecil kenapa kamu menangis ? "



Maka berkata anak kecil itu, " Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum " yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu. "


"Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka. " Berkata orang tua itu, " Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka. " 


Berkata anak kecil itu, " Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. 
Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa. "


Berkata orang tua itu, sambil menangis, " Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti? "

ORANG BODOH VS ORANG PINTAR


1. Orang bodoh sukar dapat kerja, akhirnya dia berniaga. Agar perniagaanya berhasil, tentu dia harus rekrut orang Pintar. Walhasil Bosnya orang pintar adalah orang bodoh.

2. Orang bodoh sering melakukan kesalahan, maka dia rekrut orang pintar yang tidak pernah salah untuk memperbaiki yang salah. Walhasil orang bodoh memerintahkan orang pintar untuk keperluan orang bodoh.

3. Orang pintar belajar agar mendapatkan ijazah untuk selanjutnya mendapatkan kerja.
Orang bodoh berfikir secepatnya mendapatkan duit untuk membayar proposal yang diajukan orang pintar.

4. Orang bodoh tidak mampu membuat teks pidato, maka disuruh orang pintar untuk membuatnya.

5. Orang Bodoh lagaknya susah untuk lulus sekolah hukum (SH), oleh kerana itu orang bodoh memerintahkan orang pintar untuk membuat undang-undangnya orang bodoh.

6. Orang bodoh biasanya jagoan cuap-cuap jual air liur, sementara itu orang pintar percaya. Tapi selanjutnya orang pintar menyesal keraa telah mempercayai orang bodoh. Tapi tu saat itu orang bodoh sudah ada di atas.

7. Orang bodoh berfikir pendek untuk memutuskan sesuatu dipikirkan panjang-panjang oleh orang pintar, walhasil orang orang pintar menjadi staffnya orang bodoh.

8. Saat perniagaan orang bodoh mengalami kelesuan, dia PHK orang-orang pintar yang berkerja. Tapi orang-orang pintar demo, Walhasil orang-orang pintar 'meratap-ratap' kepada orang bodoh agar tetap diberikan pekerjaan.

9. Tapi saat perniagaan orang bodoh maju, orang pintar akan menghabiskan waktu untuk bekerja keras dengan hati senang, sementara orang bodoh menghabiskan waktu untuk bersenang-senang dengan keluarganya.

10. Mata orang bodoh selalu mencari apa yang mampu dijadikan duit. Mata orang pintar selalu mencari peluang perkerjaan.

11. Bill Gates (Microsoft), Dell, Henry (Ford), Thomas Alfa Edison, Liem Siu Liong (BCA Group), Ali Markus (Maspion), Purdi Chandra (Primagama), Bob Sadino (kem Chik) adalah sebagian orang Bodoh (tidak pernah dapat S1) yang kaya.
Ribuan orang-orang pintar bekerja untuk mereka. Dan puluhan ribu jiwa keluarga orang pintar bergantung pada 'orang bodoh'.

Mungkin dalam waktu dekat akan bertambah 1 lagi yaitu saya sendiri, hanya saja yang 1 ini punya ijazah S1 kerana impian orang tua supaya jadi sarjana.

Jadi intinya sukses atau tidaknya seseorang bukan di tentukan dari Ijazah atau gelar yang dimilikinya, melainkan keberanian seseorang untuk mengambil sebuah peluang sekecil apapun kemudian dikembangkan menjadi sebuah Usaha besar.

Mereka-mereka yang sukses seperti orang-orang yang disebutkan diatas, mereka selalu memaksimalkan otak kanannya dalam berpikir. Kerana otak kanan adalah otak yang kreatif , inovativ, imajinatif dan visioner. Berbeda dengan otak kiri, orang-orang yang banyak berpikir memaksimalkan otak kiri biasanya adalah orang-orang yang ingin sekolah setinggi-tingginya. Karena otak kiri itu otak yang prosedural, menganalisa, dll.

Jadi bagaimanakan dengan anda???.....hihihihi^_^

Dec 4, 2011

SENYUM LAH WAHAI SAHABAT KU..


Humor dalam Islam

Suatu hari ada seorang nenek yang bertanya sama Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, apa aku bisa masuk surga?”
Nabi Muhammad SAW menjawab, “Di surga tidak ada orang tua.”
Mendengar jawaban itu, si nenek tentu saja terpukul dan sangat sedih. Namun kekecewaannya tidak berlangsung lama. Rasulullah SAW kembali berkata, “Di surga yang tinggal hanya mereka yang muda. Orang yang sudah tua di dunia akan kembali jadi muda saat berada di surga.”
Para ahli hadits, menilai humor Rasulullah SAW ini, selain melahirkan senyum, juga membawa kabar gembira. Terutama bagi kalangan lansia. Dimaksudkan agar para lansia terus meningkatkan keimanan dan amalnya kepada Allah SWT.
Di lain waktu, Rasulullah SAW juga bercanda dengan sahabatnya, Anas bin Malik. Beliau memanggil Anas dengan panggilan, “Wahai Pemilik Dua Telinga!”
Tentu saja ini humor yang benar dan tidak keluar jalur. Anas bin Malik pasti memiliki dua telinga, bukan empat telinga.
Humor dan cara bercanda Rasulullah SAW tidak pernah lepas kontrol. Apa yang dilakukannya, tidak pernah melanggar kesopanan dan tidak ada mudaratnya.
Dalam literatur Islam masa lalu, cukup banyak tokoh-tokoh muslim yang telah menghasilkan karya-karya humor. Namun humor dan canda mereka selalu mengandung unsur akidah, muamalah dan akhlak. Di antaranya Nasruddin Hoja, Hani al Arabiy, dan Abu Nawas.
Para tokoh humor ini, digambarkan sebagai manusia-manusia unik. Dari ucapan dan perbuatan mereka, semuanya mengandung pengajaran dan dakwah.

Al Qur’an juga telah melarang dengan tegas sikap olok-olok ini seperti yang tercantum dalam surat Al Hujurat ayat 11,
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan-perempuan lain, karena boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk.”

Dec 3, 2011

jgn ketawa ya..senyum2 sahaja....

Al-kisahh...

Seorang suami yang baru
pulang dari Luar negara
membawa Burung Kakak Tua
sebagai kenangan.
Isteri : "Kenapa abang beli
burung ni? istimewa sangat
ke?"
Suami : "Ooo.. awak nak tau
ye??
Sambil mengangkat tangan kiri
dan memainkan jarinya...
secara spontan burung
kakak tua itu menyanyi Lagu
Pop... Lalu lelaki itu
menurunkan tangan kiri dan
mengangkat tangan kanan,
burung kakak tua itu
memberi salam..Assalammulaikumm pula...
Isteri : "Bagaimana kalau
kedua-dua tangan diangkat
serentak?"
Suami : "Cubalah lah angkat
kalau nak tahu.. !!"
Isterinya terus mengangkat
kedua-dua belah
tangannya dan terdengarlah...
Burung Kakak Tua : "SATU-
SATU LAH... BODOH!!!"

Ambil akhirat kita dapat dunia sekali dgn isi-isinya ,

Firman Allah SWT , surah Al An’aam, ayat 32:

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini selainkan main-main dan senda-gurau belaka, dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih benar baiknya bagi orang-orang yang taatsetia pada ku. Maka tidaklah kamu memahaminya !”surah Al An’aam, ayat 32:

Firman Allah SWT,

“Maka tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda-gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui”.surah Al Ankabuut, ayat 64:

KULIAH JIN

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api 
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, 
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin 
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi 
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). 
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang 
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi 
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau 
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..) 

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, 
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya 
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut 
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka 
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin 
!!!! (terkena lagi?? hahaha..) 

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau 
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi 
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman 
meninggal pun jin tidak perasan/tahu. 

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin 
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya 
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka 
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat. 

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya 
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. 
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah). 

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum 
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan 
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak 
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!! 

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak 
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah 
jumpa orang yang di rasuk. 

* Kalau rajin.. Tolong share maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat 
yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi 
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

10 SEBAB DOA TERHIJAB

1) Kamu MENGENALI ALLAH tetapi TIDAK MENUNAIKAN hak-NYA(perintah-NYA)
2) Kamu MEMBACA AL-QURAN tetapi TIDAK BERAMAL dengannya
3) Kamu MENDAKWA IBLIS itu MUSUH KAMU tetapi kamu MENURUT HASUTANNYA
4) Kamu MENDAKWA MENCINTAI RASULULLAH SAW tetapi kamu MENINGGALKAN AMALAN dan SUNNAHNYA
5) Kamu MENDAKWA MENCINTAI SYURGA tetapi kamu TIDAK BERAMAL untuk mendapatkannya
6) Kamu MENDAKWA MEMBENCI NERAKA tetapi kamu TIDAK MENINGGALKAN PERBUATAN DOSA
7) Kamu MENDAKWA MATI ITU BENAR tetapi kamu TIDAK BERSEDIA MENGHADAPINYA
8) Kamu SIBUK MENCERITAKAN KEAIBAN ORANG tetapi kamu lupa KEAIBAN DIRI SENDIRI
9) Kamu MAKAN REZEKI ALLAH tetapi kamu TIDAK MENSYUKURINYA
10) Kamu MENGEBUMIKAN JENAZAH tetapi kamu TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR daripadanya

SELAMAT BERMUJAHADAH & BERHIJRAH!!
" Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya" (84:6)"

ILMU ITU MENCAKUPI 3 PERKARA..

Ilmu itu mencakupi 3 hal:
*mengetahui mana yang fardhu dan mana yang sunnah.
*mengetahui fardhu dan sunatnya wudhuk.
*mengetahui tipu daya syaitan sehingga dapat memeranginya.
Adapun kesempurnaan wudhuk terhadap dalam 3 hal:
*menyucikan hati dari dengki hasad dan marah.
*menyucikan badan dari dosa.
*membasuh anggota wudhuk dengan sempurna tanpa berlebih-lebihan.

Kesempurnaan berpakaian juga dengan 3 hal:
*halal
*suci dari najis
*sesuai dengan sunnah dan memakainya bukan kerana sombong.

Ada 3 perkara untuk mendapat kesempurnaan membaca Al Fatihah:
*membaca dengan benar dan tartil.
*merenungkan maknanya
*mengamalkan apa yang dibaca.

Kesempurnaan ikhlas juga terdapat dalam 3 perkara:
*bahawa solat itu adalah untuk mencari keredhaan Allah.Bukan untuk keredhaan manusia.
*taufiq itu adalah dari Allah SWT.
*Kau menjaganya sampai kau datang kepada-Nya pada hari kiamat.

Bila Azan berkumandang
Berdiam dirilah kamu
Mengingat Kalimah LA ILAHA ILLALLAH
Agar Keinsafan sering menyelimuti
Agar kita tidak lupa merenung kembali
Dosa-dosa yang telah berlalu
Agar merenung kembali
Berapa banyak masa yang telah kita rugi
Sehingga usia kita dilupakan
Yang bila-bila masa saja
Usia menjadi sia-sia
Bila ajal nak bertandang
Bila nazak mengcengkam jiwa
Mampukah lidah ini
Seperti diusia sihat kita
Bijak Berkata-kata
Mampukah nanti
Memahami dan mengucap
2 Khalimah Syahadah
~*;{@ Salam Ukhwah @};*~

Dec 2, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2011 - KEARAH MENJANA INSAN MUTAQQIN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Pihak Urusetia Surau An-Nur, akan menganjurkan satu program pengisian bagi cuti persekolahan umum ini yang akan berlangsung selama empat minggu bermula esuk sehingga Dis 24hb.


Program eksklusif ini memberi tumpuan kepada pembentukan karektor diri dan bertujuan membina Insan Cemerlang serta memantapkan kefahaman anak-anak ahli kariah Sunway Kayangan didalam pengajian Al-Quran & Fardu Ain. 


Beberapa motivator khas telah diundang untuk mengendalikan program ini  bagi membuka minda, menyuntik semangat dan meningkatkan jatidiri para remaja disini.


Empat pakej kursus disediakan bagi tempuh pelaksanaan Program Cuti Sekolah 2011 yang terdiri dari Pakej A, B, C dan D dan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti "Perkhemahan Kem Kepimpinan Pelajar Cemerlang", "Perkelahan dan Lawatan ke Sungai Tekala di Semenyih, Selangor", "Sukaneka" serta "Kelas Al-Quran & Fardhu Ain" .


Selain di Surau An-Nur, program ini  turut diadakan di padang futsal Sunway Kayangan dan di Sungai Tekala, Semenyih.


Penyertaan terbuka kepada anak-anak ahli kariah Sunway Kayangan berumur antara 12-18 tahun. Ibu bapa yang berminat boleh memilih mana-mana pakej seperti yang dinyatakan dalam borang penyertaan yang boleh didapati dari pihak urusetia Surau An-Nur:


Dr Muhammad Zain, En Kamal Fikri, Prof Dr Ahmad Zaki, En Azhar Adnan, En Johar Mohd Yusoff dan Tuan Hj Ismail Hanapiah (Pengarah Projek).


Sumbangan ikhlas daripada ahli kariah Sunway Kayangan adalah dialu-alukan bagi menjayakan program terulung ini bagi tahun 2011. 


Sumbangan serta bayaran program boleh dibuat kepada Bendahari Program Cuti Sekolah Encik Johar M. Yusof  (019-3883158).


Wassalamu.


Dr Muhammad Zain
Pengerusi Surau An-Nur U9,
Sunway Kayangan.



Dec 1, 2011

SETAN TAKUT PADA SURAH-SURAH INI..

Dikatakan :-
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghi lan gkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
... ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!

renung-2kan dan selamat beramal :)

Nov 30, 2011

HAYATI 6 M UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP..

TIDAK KENAL MAKA TIDAK KAYA . MARI KITA BELAJAR DARI 6 M .

1 .M = MUHAMMAD SAW .

2 . M=MALAIKAT .

3. M= MANUSIA

4. M=MEKAH

5 .M=MADINAH

6 .M=MALAYSIA NEGARA KITA TERCINTA DAN DISAYANGI .

AMIINN....ALHAMDULILLAH....

Nov 28, 2011

Bulan-Bulan Islam

(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). (Surah Al-Taubah : 36)

Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:

Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :

Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.

Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'bah dibuka.

Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari 'Qa 'ada' yakni duduk.

Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka'bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

9 PETUA UNTUK KEBERKATAN DOA

Berikut adalah sembilan petua daripada Baginda Rasulullah S.A.W. untuk mencapai keberkatan dan darjat doa mustajab : -

1. Anas Bin Malik R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak “ .

2. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Allah S.W.T. akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu pada sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman : “ Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah R.A. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah S.W.T. mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka “.

4. Ibnu Abbas R.A. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu ”.

5. Hadis Abu Hurairah R.A., Nabi S.AW. bersabda : ” Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. ” Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah S.W.T. daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan ”.

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : ” Sesiapa yang bangun pada waktu malam hari dan mengatakan solat atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. ” Apabila beliau berwuduk ( dan mengerjakan solat malam ), solatnya akan diterima Allah S.W.T. ”.

7. Ata bin Abi Rabah juga berkata : ” Telah sampai padaku bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ” Sesiapa yang membaca Surah Yaasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan ”.

8. Hadis daripada Abu Hurairah R.A. Rasulullah S.A.W. telah bersabda : ” Doa seseorang itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata : ” Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan ”.

9. Hadis daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda : ” Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah S.W.T., pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu ”..

MUHASABAH HIJRAH

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,

Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.

Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu ya Allah,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Allah terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu ya Allah,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang dapat mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerana mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....